Wednesday, April 28, 2010

cara menanam Tauge

Sayur tauge mudah didapati di kedai-kedai makan sebagai salah satu daripada juadah masakan pilihan pelanggan. Tahukah kamu bagaimana tauge ditanam? Mari kita tengok......


Bahan yang diperlukan;


1) Kacang hitam atau kacang buah pinggang
2) Plaster of paris (POP)- pilih jenis boleh di makan
3) Protein A atau air sontoso
4) Baldi atau Besen
5) Kalsium
6) Sodium Hydro


Langkah penyediaan;


1 - Rendamkan kacang hitam semalaman, kemudian toskan airnya dan gaulkan bersama plaster of paris (POP), masukkan kedalam baldi atau besin dan biarkan sehingga kacang tersebut mengeluarkan benih.


2 - Keesokkan hari, insayaallah kacang akan mengeluarkan benih. Setelah benih keluar lakukan kaedah ini untuk setiap 4 jam;
i) Campur 25ml Protein A atau Air Sontoso kedalam 2.5 liter air. Masukkan kedalam alat penyembur. Untuk tempoh 24jam dan 36 jam, sembur bancuhan tadi keatas benih tauge beselang-seli setiap 4-6 jam sekali
ii) Untuk tempoh 48 jam, campur 15ml Protein A atau Air Sontoso dengan 2.5 liter dan sembur keatas benih-benih tersebut.


3 - Selepas 50 jam, benih sudah boleh dituai dan dibasuh untuk dimakan sebagai tauge segar. Pada waktu ini, tauge tersebut kelihatan kekuningan.


4 - Untuk jualan dan menjadikan tauge tersebut kerapuhan, masukkan sesudu kalsium bersama air, basuhkan tauge tersebut dan toskan airnya.


5 - Untuk menjadikan tauge tersebut putih melepak, masukkan sesudu teh sodium hydro, basuhkan tauge tersebut dan toskan airnya.


Nota :
* Plaster of paris (POP) bersifat panas dan merangsang benih supaya cepat keluar.


** Material properties untuk kalsium tidak dapat dikenal pasti. Kebanyakan kalsium diperbuat daripada bahan-bahan seperti tulang binatang dan kulit siput atau kerang


*** Sodium hydro juga digunakan sebagai pememutih lantai. Kebanyakkan digunakan oleh cleaning services utk memutihkan lantai dan mangkuk tandas murah berbanding dgn Clorox)


Selamat mencuba......